Pembelajinakan dan penternakan Lembu

Lembu memainkan peranan unik dalam sejarah manusia, dibela jinak semenjak seawal zaman Neolitik awal.

Data arkeozoologi dan genetik menunjukkan bahawa lembu mula-mula dibela jinak daripada aurochs liar (Bos primigenius) kira-kira 10,500 tahun dahulu. Terdapat dua kawasan utama pembelajinakan: satu di kawasan kini Turki yang menurunkan rumpun taurina, dan satu lagi di kawasan kini Pakistan yang menurunkan rumpun indisina (zebu).[55] Variasi mitokondria DNA moden menunjukkan bahawa salasilah taurina mungkin timbul daripada sekurang-kurangnya 80 ekor aurochs yang dijinakkan kawasan hulu Mesopotamia berdekatan kampung Çayönü Tepesi di tenggara Turki dan Dja'de el-Mughara di utara Iraq.[56]

Biarpun lembu Eropah rata-ratanya keturunan taurina, aliran gen daripada lembu Afrika (keturunan sekerat indisina) menyumbangkan komponen genom yang banyak kepada baka-baka lembu Eropah selatan dan keturunannya di Dunia Baru.[55] Kajian terhadap 134 baka menunjukkan bahawa lembu taurina moden berasal dari Afrika, Asia, Amerika Utara dan Selatan, Australia dan Eropah.[57] Ada penyelidik yang berhujah bahawa lembu taurina Afrika diturunkan dari pembelajinakan berasingan yang ketiga daripada aurochs Afrika Utara.[55]

Sebagai wang

Seawal 9000 SM biji-bijian dan lembu digunakan sebagai duit atau bahan barter (ditemuinya sisa bijian pertama, dianggap bukti amaln pra-pertanian seawal 17,000 SM).[58][59][60] Adanya bukti bahawa haiwan lain seperti unta dan kambing mungkin dijadikan mata wang di sesetengah kawasan dunia.[61] Salah satu kelebihan lembu sebagai mata wang adalah membolehkan penjual menetapkan harga. Misalnya, dua ekor ayam ditukar untuk seekor lembu kerana lembu dikira lebih berharga daripada ayam.[59]

Penternakan moden

Lembu Hereford ini sedang diperiksa untuk sengkenit; lembu sering dikurung dalam pasung untuk tujuan perubatan.Lembu muda ini dipakaikan anting-anting hidung untuk mencegah penyusuan, biasanya untuk membantu proses cerai susu.

Lembu sering diternak dengan dibenarkan meragut rumput di padang luas secara berkawanan. Menternak lembu sebegini membolehkan penggunaan tanah yang mungkin tidak sesuai untuk bercucuk tanam. Interaksi paling umum dengan lembu melibatkan memberi makan, membersihkan dan menyusu setiap hari. Banyak amalan penternakan rutin melibatkan pemasangan tanda telinga, membuang tanduk, mengangkut, operasi perubatan, pemvaksinan dan penjagaan telapuk, di samping latihan untuk pameran tani. Juga terdapat perbezaan budaya dalam penternakan lembu. Contohnya, kaum Fulani menternak lembu berasaskan teknik kelakuan, sedangkan di Eropah lembu dikawal secara fizikal seperti pagar.[62] Penternak menggunakan penternakan lembu untuk mengurangkan keterdedahan jangkitan M. bovis secara pembiakbakaan terpilih serta menjaga kesihatan kawanan untuk mencecah penyakit serentak.[63]

Lembu diternak untuk daging, susu dan kulit. Sedikit pula digunakan untuk "ragutan pemuliharaan", sekadar untuk menjaga tanah rumput untuk hidupan liar – contohnya di Epping Forest, England. Lembu sering digunakan untuk tempat-tempat paling liar bagi ternakan. Bergantung pada baka, lembu boleh hidup pada rumput bukit, kawasan semak, rawa, mur dan separa gurun. Lembu moden lebih komersil daripada baka lama, tetapi kurang kegunaan kerana lebih terkhusus. Ata sebab inilah ramai penternak kecilan menggemari baka lama seperti baka tenusu di Jersey. Di Portugal, Sepanyol, Perancis selatan dan sesetengah negara Amerika Latin, lembu digunakan dalam sukan lawan lembu; Jallikattu di India merupakan sukan menjinakkan lembu yang jauh bezanya dengan laga lembu Eropah, di mana manusia tidak bersenjata dan lembu tidak dibunuh. Kebanyakan negara lain mengharamkan sukan laga lembu. Kegiatan lain seperti menunggang lembu terdapat dalam acara rodeo, khususnya di Amerika Utara. Kegiatan lompat lembu, sebuah ritual utama dalam kebudayaan Minoa Zaman Gangsa, masih diamalkan di barat daya Perancis. Pada zaman moden, lembu juga menyertai pertandingan tani yang melibatkan lembu hidup mahupun karkas lembu di acara hoof and hook (gantung telapuk).

Dari segi pengambilan makanan manusia, pengambilan lembu kurang efisien berbanding biji-bijian mahupun sayur-sayuran berkenaan penggunaan tanah, maka lembu meragut menggunakan lebih banyak tanah daripada penanaman bijian.[64] Sungguhpun demikian, lembu dan jenis-jenis haiwan bela jinak yang lain kadang-kadang boleh digunakan untuk menggunakan sumber tumbuhan di tempat-tempat yang sukar diusahakan bentuk pertanian lain.

Tidur

Purata tempoh tidur lembu ternakan kira-kira 4 jam sehari.[65] Lembu ada stay apparatus (mekanisme mengunci sendi ketika berdiri),[66] tetapi tidak tidur berdiri,[67] sebaliknya duduk untuk tidur nyenyak.[68] Lembu tidur tidak boleh diterbalikkan dengan ditolak oleh manusia.[69]

Rujukan

WikiPedia: Lembu http://www.nt.gov.au/d/Content/File/p/Anim_Dis/747... http://www.mvma.ca/resources/animal-owners/animal-... http://beef2live.com/story-world-beef-exports-rank... http://beefmagazine.com/genetics/0201-increased-be... http://www.blackwell-synergy.com/links/doi/10.1111... http://chillinghamwildcattle.com/science/ http://www.google.com/books?id=JgAMbNSt8ikC&pg=PA1 http://www.google.com/books?id=JgAMbNSt8ikC&pg=PA6... http://www.highbeam.com/doc/1P2-80866.html http://www.hkcd.com/content/2015-01/08/content_901...